Tuesday, August 4, 2009

hidup tak selalunya indah....






Kadang-kadang kita terfikir bahawa kita sangat bertuah di dunia yang serba moden dan canggih nie...tapi tuah itu tidak akan kekal selamanya...dan keindahan itu tidak kekal abadi...itu lah yang tejadi kepada sesetengah dari kita yang selalu alpa dan leka tentang kelalaian dunia yang menjanjikan beribu kemanisan sedangkan ia akan membawa kehancuran di masa hadapan....








Jika difikirkan balik, semua manusia di dunia ingin mengejar kekayaan dan kesenangan duniawi tapi tidak mencari bekalan untuk dunia yang kekal abadi...
Aku disini sekadar meluah apa yang aku rasa perlu untuk membangkitkan semangat aku kembali untuk terus hidup dan menjalaninya seperti insan biasa...aku juga hanya ingin mengingatkan diriku sendiri tentang betapa bodohnya manusia seperti aku, yang mudah lupa dan leka tentang tanggungjawab sebenar yang patut aku pikul dan patut aku galas..
Kalau di ikutkan, aku tak pernah pandang keduniaan, aku tak pernah pandang harta benda, aku tak pernah pandang paras rupa,tapi entah kenapa setiap kali aku cuba lupakan,ia tetap muncul dalam benakku ini...nak di katakan menyesal,tak jugak.......



...aku sayang aku rindu untuk bertemu...



Tapi kadang-kadang kesabaran itu akan hilang di telan dengan hasutan sekeliling yang ingin merobohkan sesuatu yangtelah dibina....keimanan kadang-kadang goyah dengan hasutan syitan yang mahu kita mengikutnya ke tempat yang paling Allah tak suka...aku cuba pertahankan setakat yang termampu...aku akan cuba bersabar selagi terdaya...aku akan berdoa tanpa mengenal putus asa agar kehidupan yang aku lalui sekarang akan berubah dan membawa kepada kebahagiaan yang kekal abadi... doakan saja...Amin





No comments: